Segala-gala suka dan duka Tak pernah dapat ku lupa Daku manusia biasa Dan pergi bawa dosa pahala Hidup di dunia cuma sementara Janganlah leka jangan terpedaya Antara kaca dan juga permata


Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi" (Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku)


hai itulah rakan sejati, sahabat ganti bukan sekadar ranting berpaut, dahan berlabuh pabila siang dahan diberak tahi, terbang tidak berbalik lagi


yang daging sama dikunyah, yang tulang sama dikerkah iya sama angguknya, tidak sama gelengnya hai guntingnya tidak memutus, simpul tidak terungkai lagi banyak beri memberi, kurang isi mengisi mandapat sama menambah, hilang sama merugi itulah kawan dicari cari


kawan semangkuk, kawan sepiring makan kawan sebaya, kawan satu gelanggang secupak sama secupak, segantang sama segantang kawan bersempit, kawan berlapar bagai jarum dengan gelindan ke hulu sama ke hulu, ke hilir sama menghilir satu sakit dua terasa


yang di depan kita hanyalah syarat dengar cakap enggang makan buah beluluk dengar cakap kawan sama sama terjun masuk lubuk


kerana ada gaya kerana banyak harta bijak memilih kita tak akan tersalah pilih bijak menilai kita tak akan tergadai bukalah mata janganlah leka semanis manis gula ada pasir di dalamnya sahabat setia memang sukar didapat


yang namanya kawan bukan sekadar mampu bergelak ketawa bergurau senda, bersenang lenang, kawan kerana ada wang kerana ada darjat, kerana ada pangkat yang namanya kawan bukan sekadar mampu bertepuk sorak riang gembira, senang sama senang, susah dia hilang kawan kerana ada rupa


xxwnxx Reposted

2018 is a year full of tears, pain and stress.


xxwnxx Reposted

Siapakah lelaki paling sibuk di akhirat nanti ? Read this .


United States Trends
Loading...

Something went wrong.


Something went wrong.