asyraftaf's profile picture. Hancor

Hytam

@asyraftaf

Hancor

Joined November 2016

Yang kusembunyikan adalah: Nafasku yang sesak. Aku rasa bagai hendak menggelupar seperti hilang kewarasan. Jadi, diamku dalam senyuman tanpa bertanya khabarmu itu sudah satu kekuatan. Aku bertahan. Bertahan. Bertahan.Ya Allah, selamatkanlah aku.


Aku tidak tahu kalau yang aku sedang jalani, membuatku tergelincir dari laluan. Aku juga lebih sanggup, melaluinya sampai kalau aku mati kerananya. Aku, telah meminta pertolongan tetapi tidak mahu menyusahkan, jadi, beginilah sampai berjaya aku lepasi atau aku mati kerananya.


Apa-apa pun yang bakal terjadi, semoga halnya tidak memberi beban, kepada kalian semua. Kalau waktunya tiba, moga semua kalian memaafkan aku yang banyak khilafnya. Aku rindu kepada mereka. Sedang dunia ini semakin hilang maknanya bagiku.


Syukurku di atas kesedihan ini. Kesedihan yang cukup mendalam. Kesedihanku atas kehilangan. Kekasih-kekasih hatiku, yang telah aku abaikan. Dan terkilannya kesempatan yang kutinggalkan. Tidak bersisa kecuali sedikit. Membekali tetapi, ini amat sakit, selamatkah diriku, kali ini?


Aku akan munurut sahaja takdir ke mana membawaku. Mula-mula dengan air mata. Sisa dari hari-hari yang telah berlalu. Sejujurnya, aku tidak merasakan banyak baki isi-isi buat bekal yang tinggal. Dengan bekal yang sedikit ini, aku tidak pasti. Turut sahaja takdirku.


Ayah, aku buat salah, aku buat salah. Aku buat salah, aku buat salah. Ayah, aku rindu padamu.


Bulan, mahukah kita berteman semula? Bermula Disember nanti? Malam-malam akan kuukir puisi. Kau dengarkan puisiku. Puisi tentang cinta. Puisi tentang luka. Kedua-duanya. Akan kutitipkan syukurku yang tenang sekali, sakitku yang sakit sekali. Sudikah waktu itu, hanya aku dan kamu?


Nun, air tasik yang terletak di bahagian atas, sebelum sampai ke lembah. Ia masih menyimpan rasa, yang sama. Pada ketika siddiqkah kekuatan atau dusta menutupi, dan nafsu yang berbolak-balik ini, juga genggaman tali pertolongan yang sedang aku lepaskan ini. Aku tidak tahu.


Tajam perahunya tajam Berkilau ia berkilau Dingin rasanya dingin Licin bilahnya licin Tolong Dia Penolong Dia hanyalah Dia Tolong diriku tolong Tuhan Allah Ya Tuhan


Perasaan ini ku biarkan ia pecah mungkinkah supaya aku terpaling daripada kesakitanku? Kalau begitu, aku mendapat nafas Kerana aku sedang berjuang Bukannya lemah


Dalam kepala diksi bergomol dengan fikir yang menakluk Engkau kuat itu biasa Aku lemah itu lazim Aku pendosa, berapa ruginya Aku diampun, berapa untungnya Kata mencari rasa mencari nyawa mencari makna yang sesat pada tarungan hidup Apa salahkah diksi mahu sendiri melawan fikir?


Malam larut, tak berbintang Bersambungan enjin di lebuhraya Cahaya letrik inilah Menyirnakn hatta kejora Dan pentingan dunia inilah Memenat manusia. Demikian aku, Tenangkah? Atau sirna tidak ketahuan mana dan apa rasa dalam jiwa. Pentingan apakah aku sukar memejam mata.


Wajahmu dalam hatiku Senyum bahagia Putih mesra Dalam bebola Bercahaya Dalam air yang hijau Menghalang aku pergi kepadamu Dalam keadaan begini Aku amat merinduimu ayahku Terimalah walau dari jauh Airmataku


Awan-awan, hari ini kalian banyak sekali. Kalian menangis bersama-samaku. Pagi dan petang. Selepas menangis kita senyum. Sambung lagi. Musim tangis ini tak dapat dibendung-bendung kan. Awan, ini jauh lebih baik dari waktu awan memberat tetapi kita tidak mampu hatta menangis.


Ayah, ternyata Tuhan menyintaiku. Sakit ini buktinya. Kerana aku mampu senyum. Mataku ada cinta. Allah dan khatamul anbiya'. Jadi aku tetap ada bahagia. Walaupun dalam derita. Ayah, adakah aku mewarisimu. Cintaku dan deritaku?


Aku harus melalui perjalanan yang panjang selepas ini. Aku, ramai sahabat yang baik. Tinggal aku tidak mahu menyusahkan kalian. Lagi ada medan yang harus ku tempuhi bersendirian. Ditimbang ukur, aku tak mampu menanggung hakikat kalian tahu derita aku. Izin aku ringankan di sini.


Aku yakin dengan sabar dan kekuatan iman, pastinya dengan rahmat Tuhan, ganjarannya syurga. Tapi, ini sukar. Harganya untuk syurga, kalau modal aku tidak cukup. Ianya menyerapi dagingku, menyesakkan nafasku, berdasarkan sekarang, aku akan menderita.


Diriku yang hancur Melarut dalam air mata Yang terembes dari hatiku Yang merah Pipiku yang kembang Menanggung beban perasaan Terperangkap Tidak terungkap Aku boleh apa Selain Tersia-sia Disia-sia Lagi tepat Mensia-sia Hatiku, Jatiku Berpaut tidak mahu Mensia-sia Matiku


Aku sudah berkecil hati. Aku cuma tahu pergi. Dan mahu pergi, tidak mampu pula. Bersenang-senanglah dengan senyumanku ini. Dan hadirku. Semoga aku tidak memberi beban.


Dengan itu aku telah membunuh diriku banyak kali Aku membunuh aku berkali kali Tapi, aku tetap berbaki nyawa Untuk nanti kubunuh lagi


United States Trends
Loading...

Something went wrong.


Something went wrong.